labuh lg veil ni sbnrnya |
nmpk skit je veil dr belakang |
labuh lg veil ni sbnrnya |
nmpk skit je veil dr belakang |
ni tgh siap masa hari sanding |
dah siap pakai crown dh.. |
Pengantin lelaki berucap + berpantun |
tuu diaa.. |
1. DJ MC | (KETIBAAN KEDUA MEMPELAI) (Diiringi muzik paluan kompang oleh DJ) (DJ - Bunyi kompang akan mula dari tempat pengantin berkumpul dan mula berarak dan berhenti bila pengantin sampai depan pintu dewan) (MC mulakan) Orang ke laut menjala udang Petang hari pasang pelita Yang ditunggu sudahpun datang Yang dinanti sudahpun tiba Ketibaan pengantin diiringi paluan kompang dan berjalan masuk ke dewan, pasangan pengantin yang segak bergaya dan cantik menawan, pasangan Raja Sehari; Fathah Bin Mohamad Hatta dan Masni Bt Yahya Anak Cina memasang lukah Lukah dipasang di Tanjung Selasih Pasangan pengantin segak melangkah Mara menuju mahligai kasih Panas kering siapakan tahu Hujan rintik di Pulau Pandan Berjalan seiring bersentuh bahu Samalah cantik samalah padan Jalan Seiring menyusun langkah Segak menawan pengantin baru Moga jodoh tiada berpisah Kekal bahagia ke anak cucu | 12.30 tghri Q masa = 5 mnt |
2. MC DJ MC | (MEMPELAI DI MEJA MAKAN BERADAB) Hadirin dan hadirat sekalian, majlis ingin mempersilakan kedua-dua mempelai dan wakil ahli keluarga kedua-dua mempelai untuk duduk di Meja makan beradap yang telah disediakan. Dipersilakan. Dipersilakan juga kepada ahli keluarga dan sahabat handai yang lain untuk duduk di meja yang telah disediakan. Hari ini menugal jagung Hari esok memintal tali Hari ini kita berkampung Meraikan mempelai dua sejoli Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang Awal Bismillah pembuka bicara Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum W.B.T. Yang dihormati En ................... dan Puan ................... selaku tuan rumah berserta En .................... dan Puan ...................selaku tuan rumah bersama kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, yang diraikan kedua pasangan mempelai; Fathah Bin Mohamad Hatta dan Masni Bt Yahya, yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan kedua-dua mempelai serta hadirin dan hadirat para tetamu yang dirahmati Allah S.W.T. sekalian. Selamat datang saya ucapkan ke Majlis Perkahwinan Fathah Bin Mohamad Hatta dan Masni Bt Yahya Tetak Buluh Panjang Sepuluh Mari Jolok sarang penyengat Angkat tangan jari sepuluh Doa diminta biar selamat Dengan itu, bagi memohon majlis ini diberkati dan dirahmati Allah, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz…………………….... Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz…………………………… di atas bacaan doa sebentar tadi. (JAMUAN MAKAN BERADAP DIMULAKAN) Nampaknya hidangan telah sedia rapi. Silalah menjamu selera, usah malu, usah segan. Hidangan kami tidak seberapa, sudilah tuan puan jamah sahaja. Dipersilakan semua Semerbak bunga seroja Dibelai dara pingitan Lauk pauk penuh semeja Jemput mempelai menikmati hidangan. (DJ mainkan lagu-lagu selingan semasa makan) (Mempelai selesai makan) Makan sudah minum pun sudah, Pembasuh mulut sudah dinikmati, Sudu dan garfu sudah diletakkan Tangan yang berkuah sudah dibasuh Bibir yang berminyak sudah dilap Marilah kita ke acara seterusnya | 12.35 tghri Q masa = 5 mnt ustaz Q masa = 5 mnt 12.45 tghri makan Q masa = 25 mnt 1.10 ptg Q masa = 5 mnt |
3. MC DJ | (UPACARA MERENJIS) Hadirin dan hadirat sekalian, majlis seterusnya ingin mempersilakan kedua-dua mempelai bersama pengapit mereka untuk naik ke atas pentas dan duduk di pelamin kasih yang telah disediakan. Dipersilakan. Sebelum memulakan upacara menepung tawar mempelai, izinkan saya memberi sedikit pengenalan mengenai kedua mempelai Orang jauh dikenang-kenang Hanya terkenang pada yang satu Mula berkenalan kemudian bertunang Akad dilaksana sama bersatu Untuk pengetahuan semua,kedua mempelai telah mengikat tali pertunangan pada 6 November 2010, seterusnya kedua-dua mempelai ini telah selamat diijabkabulkan pada 30 September 2011 iaitu pada hari kelmarin dan hari ini kita sama meraikan keduanya dalam majlis yang berbahagia ini. Dengan Bismillah kami mulai, Tepung tawar si tepung jati, Dengan takdir Illahi Rabbi, Minta berkat dua sejoli Tepung tawar adat sejati, tidak berpisah sampai ke mati Tepung tawar berberas bertih, supaya hati sentiasa kasih Tepung tawar berberas kunyit, supaya jauh semua penyakit Tepung tawar berbunga rampai, supaya dikasihi sahabat handai Tepung tawar mengandung inai, hingga mati baru bercerai Dipersilakan ................. untuk memulakan upacara merenjis.. (List tetamu merenjis) (DJ mainkan muzik gamelan semasa merenjis) (Selesai merenjis) Tepung tawar sudah berlalu, Diiringi doa restu Moga kasih makin berpadu Bagai ruas dengan buku Bagai daging dengan kuku Hidup di air satu perahu Hidup di darat satu kelambu Mudah-mudahan..Kasih abadi sampai ke kubur Dendam berahi tidak pernah luntur Sayang kekal sampai kiamat Cinta mati tidak pernah tamat Terima kasih diucapkan kepada wakil keluarga serta kenalan terdekat yang sudi menepung tawar memberi restu kepada kedua mempelai. | 1.15 ptg Agak2 Selepas Zohor Merenjis Q masa = 30 mnt 1.45 ptg |
4 | (UPACARA MEMOTONG KEK) Hadirin yg dimuliakan, agenda majlis diteruskan ke upacara memotong kek selamat pengantin baru. Dipersilakan kedua mempelai berangkat ke sudut kiri pentas utk upacara memotong kek Akan tetapi sebelum itu, manis kiranya kita mohon pengantin berikan sepatah dua kata. Dipersilakan | 1.50 ptg |
5 DJ | (Penamat Ucapan MC) Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini. Kami minta ampun minta maaf Kalau ada wajah yang tersalah pandang Kalau ada nama yang tersalah sebut Kalau ada gelar yang tersalah ucap Kalau ada yang duduk di salah tempat Tuan puteri tersenyum-senyum Melihat laksamana bermain rodat Senyum-senyum jangan tak senyum Sudah sempurna segala adat Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa bali Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali Sekian, Wabillah hitaufiq walhidayah. Wassalamualaikum W.B.T (DJ Mainkan lagu-lagu sehingga selesai jamuan) | 2.15 ptg |