Our Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 11, 2011

Kaedah Perlaksanaan Akad Nikah Di Masjid

1. Mulakan dengan solat Tahyatul masjid dan solat hajat.
2. Niat I’tikaf.
3. Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan.
4. Bapa minta izin daripada anak.
5. Wali menyerah wakalah kepada jurunikah.
6. Sekiranya bapa hendak menikahkan anaknya sendiri, maka terlebih dahulu meminta izin Pejabat Agama.
7. Pemilihan saksi.
8. Membaca khutbah nikah.
9. Ijab qabul dijalankan.
10. Membaca doa.
11. Membaca lafaz ta’lik.
12. Sembahyang sunat nikah kahwin.
13. Sujud syukur dan suami membaca doa pada ubun-ubun isteri;
14. Penyerahan tanggungjawab wali kepada menantu dan penerimanya.
15. Pesanan ibu kepada anak perempuan dan terima kasih anak.
16. Selawat dan Marhaban beramai-ramai.

Akad Nikah Adikku - Zam & Ayu
PERINGATAN
1. Jika pengantin perempuan uzur syar’ee maka wali boleh menjemput jurunikah terlebih dahulu datang ke rumah untuk wali meminta izin dan menyerahkan wakilnya kepada jurunikah.

2. Perlu ada di dalam majlis itu ialah jurunikah, wali, 2 orang saksi sebelah perempuan dan pengantin perempuan.

3. Pengantin perempuan yang uzur itu hadir juga ke masjid pada hari akad nikah tetapi tidak masuk ke dalam masjid.

4. Barang-barang hantaran diserahkan selepas akan nikah di rumah pengantin perempuan.

5. Hanya mas kahwin yang dibawa ke masjid.

6. Penyerahan mas kahwin suami kepada isteri boleh dibuat di rumah pengantin perempuan.

sumber : dipetik dari blog ini

Nikah Di Rumah atau Di Masjid?

Satu isu yang menjadi heboh diperkatakan baru2 ini adalah larangan mengadakan akad nikah di masjid.

Saya petik satu keratan di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20/3/2010 : 
“Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.
Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah, namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini. Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.  Ahmad berkata, adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. – Bernama”

Pendapat ini disangkal pula oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Petikan dari Utusan Malaysia 21/3/2011 :
"Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pemilihan masjid sebagai lokasi upacara akad nikah juga dapat menjimatkan wang dan masa selain memudahkan tugas jurunikah yang perlu melakukannya lebih sekali pada hari yang sama. Bagi Jamil Khir, sebaliknya langkah menjadikan masjid lokasi akad nikah juga satu pendekatan dakwah kerana mereka yang terlibat dalam upacara itu mesti menjaga adab dan menutup aurat apabila berkunjung ke rumah Allah.
"Bayangkan satu rombongan membawa sampai berpuluh-puluh orang dan dalam keadaan begitu ia termasuk dalam pendekatan dakwah," katanya.
Tambahnya lagi, penggunaan masjid turut memberi keselesaan kepada orang ramai kerana ia mempunyai ruang yang luas untuk melangsungkan upacara akad nikah dan bersolat.
Bahkan, katanya, pada masa ini banyak masjid yang turut menyediakan bilik khas untuk upacara berkenaan.
Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah tidak salah kerana perkara itu sah dilakukan di mana-mana sahaja, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata, tindakan itu sebaliknya memudahkan tugas imam yang terpaksa menjalankan upacara akad nikah lebih daripada sekali pada hari yang sama.
"Kalau imam terpaksa menikahkan banyak pasangan pada hari yang sama, lebih mudah ia diadakan setempat seperti di masjid.
"Kita lihat secara keseluruhan, ia dapat menjimatkan masa selain menjadi salah satu pendekatan dakwah sebab bila ke masjid kena tutup aurat.”
 
Ini pula sebahagian petikan dari artikel yang saya baca di blog http://an-nawawi.blogspot.com

"Selain semata-mata melakukan akad nikah di masjid, apa yang banyak berlaku hari ini adalah wujudnya beberapa acara sampingan yang lebih wajar untuk diambil sensitif! Apa yang penulis maksudkan adalah seperti perbuatan membuka aurat dan tabarruj (berdandan) bagi kaum wanita, percampuran hadirin lelaki dengan wanita (yang bukan mahram), majlis khusus membatalkan air sembahyang, adat sarung cincin, dan sesi fotografi yang disertai adegan “romantis” pengantin. Dan ini semua telah berlaku di masjid-masjid kita!
Hukum mendedahkan aurat adalah suatu yang maklum di kalangan umat Islam. Lebih-lebih lagi apabila berlaku sama perbuatan tabarruj seperti berpakaian menggambarkan bentuk tubuh wanita, bersolek tebal, berwangi-wangian bagi wanita, dan mencukur kening demi kelihatan cantik di hadapan tontonan umum. Ini semua termasuk bentuk-bentuk peragaan tubuh ala jahiliyah yang telah diharamkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui firman-Nya (yang bermaksud), “Dan janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah-laku seperti orang-orang Jahiliyyah.” (Surah al-Ahzab, 33: 33). Tidakkah kita maklum bahawa hendak solat di masjid dengan berwangi-wangian bagi wanita pun dilarang Rasulullah, inikan pula untuk perkara selain solat?

Situasi ini memang agak merisaukan. Ditambah pula dengan beberapa acara tambahan yang merupakan bida’ah dalam akad pernikahan seperti ritual membatalkan air sembahyang sesama pasangan pengantin. Kemudian adat sarung cincin dan sesi fotografi sehingga saling berpelukan dan ada yang saling kucup-mengucup. Sedihnya acara ini berlaku di khalayak umum dan ketika dalam masjid pula. Hakikatnya, sentuh, pegang dan kucuplah pasangan anda tersebut bagaimanapun, air sembahyang tersebut tetap tidak batal berdasarkan pendapat yang kuat. Bahkan Rasulullah sendiri sebelum pergi ke masjid dan menunaikan solat pun turut mengucup isterinya ‘Aisyah tanpa memperbaharui wudhuk.

Selain itu, sesi romantis seperti kucup-mengucup dan berpeluk cium itu pula amat tidak manis dilakukan di khalayak umum. Biarlah ia dilakukan di antara pasangan pengantin sahaja. Kenapa perlu dihebahkan sehingga bertebaran gambar-gambar mereka ke serata tempat? Apakah hendak mengajak orang ramai ghairah sebagaimana si mempelai ghairah terhadap pasangannya? Apabila perkara-perkara seperti ini berlaku bersama-sama dengan acara akad nikah di masjid, tidak syak lagi bahawa ia termasuk perkara-perkara yang mencemarkan masjid.

Ini kerana masjid adalah tempat yang paling dicintai Allah Subhanahu wa Ta’ala. Masjid adalah tempat untuk memupuk, membina, menyebar, dan mempertahankan kemurnian Islam. Iaitu sebagai tempat mengingati Allah dan menegakkan agama-Nya. Ini sebagaimana di zaman Rasulullah, masjid dikenali sebagai tempat duduk bagi orang-orang yang bertaqwa (untuk beribadah), tempat bermusyawarah urusan fii sabilillah, merangka strategi peperangan (jihad), tempat saling memberi nasihat, tempat majlis ilmu, dan juga tempat perlaksanaan solat lima waktu berjama’ah setiap hari. Tidak tsabit sama sekali Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjadikan masjid sebagai salah satu tempat khusus pernikahan. Jauh sekali untuk membantu, menganjurkan, dan menjayakan upacara-upacara yang diiringi dengan maksiat dan kebencian Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Bagi masyarakat Islam umumnya, kuatkanlah semangat untuk mengimarahkan masjid. Jangan hanya datang ke masjid seminggu atau setahun sekali sahaja. Bukan juga hanya untuk acara pernikahan baru cari masjid, sedangkan hari-hari lain yang diwajibkan untuk solat berjama’ah di dalamnya jarang sekali diambil kisah."

Susah juga ni kan, majlis akad nikah ku nanti pn hajat hati mmg nak buat di rumah juga, tp mak cakap kat  kg sana org tkde buat kt rumah, semua buat kat masjid. maklumla kg kan..dh jd isu juga..so kenala pujuk2 mak harap2 dapat buat kt umah..


Sunday, April 3, 2011

DIY Pomander ball

Hari ni pegi Nilai 3 terjumpa lak 1 benda ni, benda yg bakal memudahkn lg kejeku..benda itu ialah..

haaa.. ni laa..

nmpak mcm pomander ball kn tp bunga ni separuh je..mmg tujuannya utk buat pomander ball..
ni bahagian sisi dia..
kita perlukan 2 bunga ni..
di belakang ada tempat utk sambungkan dan utk ikatkan tali
kosnya juga menjimatkan..1 pomander ball ni hanya RM 9.45 saja..cuma sambungkan n ikat ..yang dah siap mcm ni la..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...