Our Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, October 15, 2011

Cerita Veil Sanding Majlis Resepsi

Citer veil pun sama juga mcm tudung sanding ku di post yg lepas..cuma veil ni mmg tak kisah sgt la sebab salunya butik akan ada mcm2 jenis veil..so pilih je mana yg berkenan..sekali lagi aku berserah je pada keadaan.. syukur keadaan itu berpihak kepada aku..abg Lan tunjuk 2 veil grey..1 veil grey pendek 1 lg yg labuh lepas paras lutut yang sarat manik + labuci yg memang sesuai sgtla dgn baju sanding ku..maklumla dh berapa byk baju pengantin kaler grey yg dia dh buat utk org lain jg kan..so apa lg dgn pantasla kusambar veil labuh itu..mmg syukur sgt semua urusanku dipermudahkanNya..jadi lenyaplah sudah segala kerisauan ku tentang tudung & veil untuk majlis resepsiku..jom intai veil skit..


labuh lg veil ni sbnrnya
 nmpk skit je veil dr belakang

Friday, October 14, 2011

Cerita Tudung Majlis Resepsi

Memulakan citer pening kepala juga bila pikirkan mcmana nak buat dgn tudung n veil sanding untuk majlis resepsi ku..mmgla ingat nak buat sendiri je mula2 tapi mandangkan aku dok KL baju pula buat kat Jitra..tudung n veil nikah okla DIY sendiri je sebab ye la warna putih mudah je la kan..untuk sanding lak 1 mggu b4 majlis masa fitting baru la dapat tgk warna kain..mmg serahkan kepercayaan penuhla pada abg Lan untuk buat baju tu..so mana la sempat nak buat dalam masa tu jg memandangkan byk lg keje lain yg menunggu utk disetelkan..mmg tak cukup tangan dibuatnya..

Pasal tudung ni mmg blur sekejap memikirkan tudung apa la yg aku nak pakai nanti..taknakla pakai tudung bawal sbb dh salu sgt hari2 pn pakai kan..tudung ada awning pula mmg aku nak elakkan sebab tak sesuai dgn mukaku yg bulat ni..aduhai berserah je la sekali lg..tgk keadaan la mcmana nanti..

Nak dijadikan citer hari fitting baju tu aku pn ckp kt abg Lan, nak minta sikit lace baju sanding nak buat tudung..dia kata ok no problem..lepas tu try la baju sanding..bila dah pakai baju mestila nak pakai dgn tudung kan..so try la tudung ready made yg abg Lan dh buat..abg Lan bg tudung mcm ada awning..dlm hati ckp alamak mmg tak sesuai punya ni..lepas tu try2 je...hmmm..not bad..tudung dia mcm tudung awning tp tkde awning..lepas tu bhgn awning tu pula dia jahit lace..tk la nmpk bulat sgt mukaku..syoknye tkyh susah payah buat lg..jimat masa n tenaga..jom tgk aku pakai tudung itu..


ni tgh siap masa hari sanding
 
dah siap pakai crown dh..
 

Wednesday, October 12, 2011

Cerita Majlis Resepsi - 01.10.11

Sedikit kronologi majlis resepsiku..let the picture speak louder than words..


Pengantin lelaki berucap + berpantun 
Datang ke Jitra Seorang Diri
Pulang Ke Langat Membawa Isteri
Buat Semua yang menghadirkan diri
Terima kasih daun keladi

Cerita Emcee / Pengacara Majlis Resepsiku

Majlis Resepsiku telah diserikan oleh 2 orang wanita comel iaitu emak saudaraku sendiri dan adik perempuan kpd pengantin lelaki..TQVM to both of them..
tuu diaa..
Aturcara majlisku ni pelik sikit sebab aturcaranya berbeza..tak caya tgk..

Tapi bak kata pepatah kita hanya merancang Tuhan yang menentukan..atas  sebab2 yang tidak dapat dielakkan ketibaan pengantin telah terlambat dari yang dirancang iaitu 1.30 ptg baru sampai ke dewan..minta maaf kepada semua yang menunggu dengan sabar..terutama tetamu di meja VIP yang kena tunggu pengantin sampai baru dapat makan..

Teks ucapan MC disediakan olehku sendiri..itupun selepas diambil dari carian google dan diolah mengikut kesesuaian majlisku..selepas itu ditapis pulak oleh kedua MC..maklumla diorg yg nak baca..pandai2la kan..
apapun di sini aku sertakan sedutan teks itu sebagai panduan..


TEKS MC – ATURCARA MAJLIS
1.

DJ





 

MC
(KETIBAAN KEDUA MEMPELAI)

(Diiringi muzik paluan kompang oleh DJ)
(DJ - Bunyi kompang akan mula dari tempat pengantin berkumpul dan mula berarak dan berhenti bila pengantin sampai depan pintu dewan) 

(MC mulakan)

Orang ke laut menjala udang
Petang hari pasang pelita
Yang ditunggu sudahpun datang
Yang dinanti sudahpun tiba

Ketibaan pengantin diiringi paluan kompang dan berjalan masuk ke dewan, pasangan pengantin yang segak bergaya dan cantik menawan, pasangan Raja Sehari; Fathah Bin Mohamad Hatta dan Masni Bt Yahya

Anak Cina memasang lukah 
Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah 
Mara menuju mahligai kasih

Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di Pulau Pandan 
Berjalan seiring bersentuh bahu
Samalah cantik samalah padan

Jalan Seiring menyusun langkah
Segak menawan pengantin baru
Moga jodoh tiada berpisah
Kekal bahagia ke anak cucu
 
12.30 tghri














Q masa = 5 mnt
2.

 
MC










































































  



 DJ





MC
(MEMPELAI DI MEJA MAKAN BERADAB)

Hadirin dan hadirat sekalian, majlis ingin mempersilakan kedua-dua mempelai dan wakil ahli keluarga kedua-dua mempelai untuk duduk di Meja makan beradap yang telah disediakan. Dipersilakan.

Dipersilakan juga kepada ahli keluarga dan sahabat handai yang lain untuk duduk di meja yang telah disediakan.

Hari ini menugal jagung
Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli

Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum W.B.T.

Yang dihormati En ................... dan Puan ................... selaku tuan rumah berserta En .................... dan Puan ...................selaku tuan rumah bersama kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, yang diraikan kedua pasangan mempelai; Fathah Bin Mohamad Hatta dan Masni Bt Yahya, yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan kedua-dua mempelai serta hadirin dan hadirat para tetamu yang dirahmati Allah S.W.T. sekalian.

Selamat datang saya ucapkan ke Majlis Perkahwinan Fathah Bin Mohamad Hatta dan Masni Bt Yahya

Tetak Buluh Panjang Sepuluh
Mari Jolok sarang penyengat
Angkat tangan jari sepuluh
Doa diminta biar selamat

Dengan itu, bagi memohon majlis ini diberkati dan dirahmati Allah, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz…………………….... Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz…………………………… di atas bacaan doa sebentar tadi.
 

(JAMUAN MAKAN BERADAP DIMULAKAN)

Nampaknya hidangan telah sedia rapi. Silalah menjamu selera, usah malu, usah segan. Hidangan kami tidak seberapa, sudilah tuan puan jamah sahaja. Dipersilakan semua

Semerbak bunga seroja 
Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja 
Jemput mempelai menikmati hidangan.


(DJ mainkan lagu-lagu selingan semasa makan)


(Mempelai selesai makan)

 Makan sudah minum pun sudah,
Pembasuh mulut sudah dinikmati,
Sudu dan garfu sudah diletakkan
Tangan yang berkuah sudah dibasuh
Bibir yang berminyak sudah dilap
Marilah kita ke acara seterusnya

12.35 tghri














Q masa = 5 mnt










































ustaz
Q masa = 5 mnt




12.45 tghri





makan
Q masa = 25 mnt











1.10 ptg




Q masa = 5 mnt
3.

MC


















































DJ
(UPACARA MERENJIS)

Hadirin dan hadirat sekalian, majlis seterusnya ingin mempersilakan kedua-dua mempelai bersama pengapit mereka untuk naik ke atas pentas dan duduk di pelamin kasih yang telah disediakan. Dipersilakan.

Sebelum memulakan upacara menepung tawar mempelai, izinkan saya memberi sedikit pengenalan mengenai kedua mempelai

Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu

Untuk pengetahuan semua,kedua mempelai telah mengikat tali pertunangan pada 6 November 2010, seterusnya kedua-dua mempelai ini telah selamat diijabkabulkan pada 30 September 2011 iaitu pada hari kelmarin dan hari ini kita sama meraikan keduanya dalam majlis yang berbahagia ini.
 
Dengan Bismillah kami mulai,
Tepung tawar si tepung jati,
Dengan takdir Illahi Rabbi,
Minta berkat  dua sejoli

Tepung tawar adat sejati, 
tidak berpisah sampai ke mati
Tepung tawar berberas bertih, 
supaya hati sentiasa kasih
Tepung tawar berberas kunyit, 
supaya jauh semua penyakit
Tepung tawar berbunga rampai, 
supaya dikasihi sahabat handai
Tepung tawar mengandung inai, 
hingga mati baru bercerai

Dipersilakan .................  untuk memulakan upacara merenjis..
(List tetamu merenjis)


(DJ mainkan muzik gamelan semasa merenjis)


(Selesai merenjis)

Tepung tawar sudah berlalu,
Diiringi doa restu
Moga kasih makin berpadu

Bagai ruas dengan buku
Bagai daging dengan kuku
Hidup di air satu perahu
Hidup di darat satu kelambu

Mudah-mudahan..Kasih abadi sampai ke kubur
Dendam berahi tidak pernah luntur
Sayang kekal sampai kiamat
Cinta mati tidak pernah tamat

Terima kasih diucapkan kepada wakil keluarga serta kenalan terdekat yang sudi menepung tawar memberi restu kepada kedua mempelai.  

1.15 ptg
Agak2
Selepas Zohor








Merenjis
Q masa = 30 mnt






































 


1.45 ptg
4
(UPACARA MEMOTONG KEK)

Hadirin yg dimuliakan, agenda majlis diteruskan ke upacara memotong kek selamat pengantin baru. Dipersilakan kedua mempelai berangkat ke sudut kiri pentas utk upacara memotong kek

Akan tetapi sebelum itu, manis kiranya kita mohon pengantin berikan sepatah dua kata. Dipersilakan

1.50 ptg
5





































 DJ
(Penamat Ucapan MC)

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara 
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Kami minta ampun minta maaf
Kalau ada wajah yang tersalah pandang
Kalau ada nama yang tersalah sebut
Kalau ada gelar yang tersalah ucap
Kalau ada yang duduk di salah tempat

Tuan puteri tersenyum-senyum 
Melihat laksamana bermain rodat 
Senyum-senyum jangan tak senyum 
Sudah sempurna segala adat 

Pergi ke dusun memetik kelapa 
Kelapa muda si kelapa bali 
Jari disusun maaf dipinta 
Panjang usia bersua kembali 

Sekian, Wabillah hitaufiq walhidayah. Wassalamualaikum W.B.T
 
(DJ Mainkan lagu-lagu sehingga selesai jamuan)
2.15 ptg
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...