Our Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 20, 2012

Veil chiffon untuk dijual

Veil terbaru untuk dijual
Material dari fabrik chiffon berwarna putih,
Patch lace dengan jahitan manik pearl warna putih + pink,
Dihiasi bunga 3D dari fabrik chiffon.
Sangat sesuai untuk majlis pernikahan ataupun pertunangan

Berminat boleh email saya : masniy@gmail.com.my
Status : SOLD OUT


 




Friday, November 30, 2012

Tempahan veil chiffon

Tempahan veil yang telah disiapkan sebelum ini.
Material dari kain chiffon dengan patch lace serta jahitan manik pearl warna putih + silver.
Terima kasih kepada Mira di atas tempahan ini.
Berminat untuk menempah boleh email : masniy@gmail.com.my



Thursday, August 2, 2012

Resepi Bahulu Tradisional

Bahulu Cermai & Bahulu Ikan

Dah dekat-dekat nak raya ni kan pasti ramai yang berlumba-lumba buat kuih raya. Tak kiralah samada kuih moden atau tradisional pasti akan terhidang pd hari raya. Salah satu kuih tradisional yang takkan dilupakan ialah bahulu..bkn saja terkenal untuk musim perayaan tp hari2 biasa pn sedap dimakan..mcm2 jenis dan mcm2 bentuk bahulu ada..bahulu cermai, bahulu ikan, bahulu berperisa mcm2 la..

So kali ni aku nak share satu resepi bahulu tradisional iaitu bahulu original yg boleh buat bentuk cermai ataupn ikan. Bahulu ni rangup di luar tp lembut di dalam.


Resepi ni untuk anggaran 50 biji bahulu cermai..

Bahan-Bahan :
300gm gula pasir halus
5 biji telur gred A
210gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanilla
sedikit minyak masak

Cara-cara:
Panaskan oven dengan suhu 210 darjah.
Pukul gula dan telur sehingga sebati & kembang (mixer-anggaran 3 mnt bermula kelajuan rendah hingga tinggi)
Masukkan esen vanilla dan gaulkan dengan spatula.
Masukkan sedikit tepung dan gaul sebati,masukkan berperingkat2 agak2 tepung dibahagi 3x.
Masukkan adunan ke dalam acuan bahulu agak2 jgn sampai penuh sangat.
Gunakan api atas bawah, bakar dalam oven selama 7-10 mnt sehingga masak dan berubah warna keperangan sedikit.
Boleh cek kalau bahagian atas nampak dah perang tp bahagian dalam belum perang boleh gunakan
api bawah sahaja tp agak2 sekejap sahaja..takut nanti terlebih jd hitam lak..
Keluarkan bahulu dari acuan dan biarkan sejuk dahulu di atas jaring baru masukkan dalam bekas kedap udara.

Tips mesti baca :
Gula & tepung elok dibakar dahulu dalam oven sekejap untuk panaskannya sedikit.
Tepung hendaklah diayak dahulu.
Acuan bahulu hendaklan dipanaskan dahulu dalam oven selama 10 mnt dgn diisi minyak penuh acuan untuk membuatkan ianya tak melekat semasa membakar bahulu nanti. Bila mula nak membakar bahulu nanti tuangkan semua minyak ke dalam bekas lain
Lenserkan acuan dengan minyak tiap kali hendak masukkan adunan dalam acuan.
Acuan juga mestilah sentiasa panas supaya bahulu tak melekat.


Saturday, July 7, 2012

Tempahan Veil Chiffon Hijau

Tempahan veil terbaru kali ni dibuat khas untuk adik Hidayah untuk majlis pertunangannya yang akan datang.
Veil dari material chiffon warna hijau lembut dihiasi lace dan jahitan manik pearl warna campuran.
Selamat bertunang diucapkan kepadanya.

Pandangan Depan
Pandangan Belakang

Close Up Bahagian Kepala

Monday, May 28, 2012

Resepi Mushroom Bruschetta


Kalau ada sesape penah makan mushroom bruschetta kat Pizza San Francisco mesti tau mcmana sedapnya mushroom bruschetta kat situ kan tambah-tambah lagi kepada para peminat mushroom sekelian.. 
Resepi ni pasti dapat mengubat sedikit keinginan untuk merasai mushroom bruschetta tersebut walaupun tak sama 100% tapi tetap sodaapp.. 


Mushroom Bruschetta 

Bahan-Bahan:
2 ulas bawang puting dicincang dadu
2 sudu besar olive oil
5 biji white button mushroom – dihiris nipis
150gm isi ayam – dipotong kecil-kecil
½ cawan fresh milk
¼ cawan parutan keju parmesan ( cheddar / mozzarella pun bolleh)
¼ sk serbuk oregano, ¼ sk serbuk lada sulah, ¼ sk serbuk lada hitam dan sedikit garam.
1/2 batang Roti perancis
Sedikit mentega

Cara-cara:
Roti perancis dipotong menyerong, disapu mentega dan dibakar sehingga agak kekuningan atau garing. Ketepikan seketika.

1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang sehingga kekuningan
2. Masukkan isi  ayam dikacau sehingga masak
3. Masukkan cendawan dan digaul sehingga cendawan lembut
4. Masukkan fresh milk dan dikacau sebati
5. Masukkan serbuk oregano, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam dan perasakan dengan garam
6. Masukkan parutan keju dan dikacau sekejap sampai keju larut. kalau nak kuah cair bolehlah diangkat terus kalau nak pekat biarkan lama sikit. Bolehlah dihidangkan di atas roti perancis tadi.

SELAMAT MENCUBA...

Sunday, May 20, 2012

Spaghetti mix veggie with mushroom


Mushroom oh mushroom..i'm a mushroom lover..ada yg tak suka mushroom? rugi..rugi..
Kalau buat spaghetti mesti nak letak mushroom banyak-banyak..sedapnyaa..
Salah satu resepi kegemaran aku dan suamiku ialah spaghetti.. western sikitla kan untuk malam-malam kurangkan makan nasi..konon diet la..tp kira berkhasiat juga spaghetti ni sebab ada mix veggie n mushroom juga..so silalah mencubanya..


Spaghetti mix veggie with mushroom (2-3 orang)

Bahan-bahan:
3 sudu besar olive oil
1 ulas bawang putih + 1 ulas bawang merah – dipotong dadu
200gm Isi ayam - dipotong kecil-kecil
Sayur campur (carrot, baby corn, brokoli, holland pea) – dipotong kecil-kecil
5 biji button mushroom, 5 biji straw mushroom - dihiris nipis
1 botol (350gm) Sos spaghetti  cendawan Kimball
3 sudu besar Tomato puree
200gm spaghetti
Sedikit serbuk oregano, sedikit serbuk lada hitam & sedikit garam.
Sedikit serbuk keju parmesan sebagai hiasan

Cara-cara:
Spaghetti
Didihkan air dalam periuk, masukkan spaghetti, masukkan sedikit garam dan sedikit minyak zaitun supaya spaghetti tidak melekat. rebus dalam anggaran 10 minit angkat dan toskan.

Sos spaghetti
1.Panaskan olive oil, tumis bawang sehingga kekuningan
2.Masukkan isi ayam dikacau sehingga agak masak
3.Masukkan sos spaghetti dan tomato puree, kacau sebati, masukkan serbuk oregano, serbuk lada hitam dan sedikit garam. Kalau terlalu pekat boleh ditambah sedikit air.
4. Masukkan sayur campuran, kacau sehingga agak-agak sayuran lembut ,masukkan cendawan dan dikacau sehingga sebati
5. Masukkan spaghetti yang direbus tadi. Gaul sebentar sehingga sebati dan bolehlah dihidangkan, taburkan sedikit keju parmesan sebagai hiasan. (kalau taknak gaul sekali spaghetti boleh dihidangkan berasingan)

SELAMAT MENCOBA..

Saturday, May 19, 2012

Resepi Muffin Vanilla Kismis


Resepi kali ni ialah muffin yang dibuat khas untuk ibu mertuaku kerana dia suka sgt dgn masakan taruk kismis..
kalau masak nasi tomato ke nasi beriani ke mesti nak taruk kismis banyak2..
so muffin ni pun aku taruk kismis banyak2 untuk dia..

Muffin Vanilla Kismis


Bahan-bahan ( 12 biji muffin )
4 sudu besar mentega (cairkan dahulu)
2 cawan tepung
1 cawan gula
1 cawan susu segar
2 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
Kismis untuk hiasan (direndam sekejap)

Cara-Cara :
1. Pukul gula, telur dan mentega sehingga sebati.(tak perlukan mixer)
2. Kemudian masukkan susu, ayakkan tepung ke dalam adunan, masukkan baking powder, garam, esen vanilla dan gaul lagi..
3. Isikan adunan 1/3 dari bekas muffin dan letakkan kismis..kemudian separuh bekas dan letak kismis lg sehingga ¾ bekas dan tabur kismis di atasnya..
4. Bakar pada suhu 180ÂșC selama 25 minit.

 Selamat Mencoba..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...