Our Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 2, 2011

Bila anda...


Bila anda tak mungkin menjadi pohon pinus di puncak bukit
Jadilah sebatang perdu di lembah
Tetapi perdu terbaik di tepi anak sungai
Jadilah pohon semak belukar
Bila anda tak mungkin menjadi pohon yang tinggi

Bila anda tak mungkin menjadi pohon kecil di tengah taman
Jadilah sekadar rumput di tepi jalan
Yang bisa menyegarkan pandangan mata orang
Jadilah rumput yang paling membahagiakan
Bagi dua sejoli yang sedang pacaran

Tak mungkin semua menjadi nakhoda
Sebahagian mesti menjadi anak buah
Pekerjaannya mungkin berbeza
Tetapi setiap tugas itu sama mulia

Bila anda tak mungkin menjadi jalan raya
Jadilah jalan setapak sahaja
Bila anda tak mungkin jadi sang suria
Jadilah bintang yang bercahaya

Bukan ukuran dan takaran anda
Yang menentukan keberhasilan anda
Melainkan manfaat yang sebenarnya
Yang sempat anda garap dengan daya upaya
Demi keperibadian anda

Tuesday, February 1, 2011

Doa seorang bakal isteri..

Perkahwinan sudah tentunya penuh dengan kisah suka duka dan pelbagai rintangan..mempukah untuk mengharunginya..semoga kita akan tabah menghadapinya..apapun masalah mengadulah kepada Allah..tadah tangan dan berdoalah..pastinya ramai yang telah membaca doa di bawah ini kan..

 



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing
tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan 
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan 
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Wednesday, January 26, 2011

Kasut oh Kasut..

Review kasut nikah & kasut bersanding..
Macam awal sangat rasanya beli kasut..padahal majlis lambat lagi..
tp takpe..beli awal2 takyah pikir dah..biar lambat asal selamat la katakan..

kasut nikah kaler putih..ada silver2..ingat nak tambah bling2 permata2 lagi..ok ke..hmmm..try dulu..nak tambah lace ada org cakap sarat sangat tak elok pulak..less is more ke..

kasut sanding lak kaler silver kehitaman lace dia..dah tentu2 tema majlis nanti kaler silver kan..tapi aku mmg nak tema kaler silver pun..mcm best je tgk org pakai kaler silver..tp ukur baju dibadan sndiri takut org lain pakai nmpk berseri kita pakai nampak golap..dahla sedia golap dah kan..tp ahhh..tak kira..nak juga..

Wednesday, January 5, 2011

Veil Nikahku

DIY Veil Nikah
Semangat DIY datang lagi..seronok kan DIY barang2 sndiri, rasa bangga n puas je bila pakai nanti, tak kisah la berapa harga mahal murah bukan ukuran, tp yang penting ada kepuasan tersendiri.. padahal kalau nak mudah boleh je sewa dari butik pengantin 2 gak..

Proses menDIY veil untuk nikah nanti.
colour : putih ler..
material : kain net = 2 meter(beli)
             : lace = 3 meter (beli) + lebihan kain lace dari baju nikah..
             : manik (putih, silver)
 
kain net

lace

macamana lar rupanya nanti, cukup ke kalau buat pjg2..
panjang mana lak dah..maybe kalau boleh buat sampai waltz 54"..meleret sgt kang ada lak yang jadi tukang sapu sampah lak kang..
pjg veil refer sini

angan2 nk buat mcm ni..
lawa2..

                                      lawanya..pic from this

sabor je la.. dh siap nanti akan dipublish ok..
Work in progress : 0% (lum buat daa)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...