Our Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 24, 2011

DIY Love Roses

Rasa mcm dah lama tak DIY apa-apa, so setelah membelek2 bermacam-macam website maka timbullah idea nak buat 'Love roses'..sesuai untuk dibuat hiasan di mana-mana..cthnya hiasan bilik tidur, pelamin n mcm2 lg..

Memula kita kena buat bunga ros dulu..bunga ros 2 buat dari kertas crepe je..
Bahan-bahannye ialah kita memerlukan kertas crepe n polisterin berbentuk love..memandangkan tema majlisku ialah kaler silver maka kertas yang dibeli of coz kaler silver..kos yang diperlukan untuk menghasilkan 'love roses' ini sangatlah ciputnye iaitu hanya RM 8.40 sahaja..murah n jimat kan..

So ape lg..mari ler tengok cara-caranya..

1) potong kertas crepe lebih kurang lebar 2cm..mcm di bawah ni..

2) di hujung kanan kertas tu lipatkan sedikit macam di bawah juga
 
3) Gulungkan ke kiri bahagian yang dilipat tu agak2 3x pusingan

4) Kertas bahagian kiri pula lipatkan kebelakang membentuk segitiga mcm di bawah..


5) Lipatkan lagi bahagian kiri kertas tu kebelakang sambil pusing2 supaya jadi bentuk kelopak ros..cth ni lepas dilipat 2x kebelakang..pandai2la pusing keliling dia..

6) lipatkan dari kelopak 2 kecil sampai la nak bagi besar kelopak 2 lipatkan besar sikit..bwh ni dh half way lipat..lipat2 sampaila hujung kertas 2..

7) Ni yang dah siap lipat semua..pandangan dari sudut berbeza..

8) Dah siap..


Ni pulak polisterin bentuk love..yang sebelah kanan tu dah ditampal dengan kertas crepe..
so nanti bunga2 ros semua tu kita akan tampal je kat atas polisterin love tu sampai penuh semuanya..

tapi sekarang ni lum siap ditampal lagi bunga ros tu..tp sure korang dh tau mcmana rupanya kan..so tggula nanti dh tampal dh siap semua akan ditunjuk la hasilnya yer..seeyaa..

Saturday, March 12, 2011

Types of Love

Berjenis-jenis cinta..macam-macam ada..


and the winner is..taraaa..




??? Where is the love..

Tuesday, March 8, 2011

Dia jodoh atau soulmate ku?

Jodoh..apa makna jodoh..mungkin dua orang yang telah ditemukan dalam sebuah ikatan yang dipangil pernikahan maka itukah jodoh..
Soulmate..apa makna soulmate..menurut sumber dari wikipedia bermaksud "Some think of a soulmate (soul mate) as a person with whom one has a feeling of deep and natural affinity, similarity, love, intimacy, sexuality, spirituality, or compatibility."

Jodoh atau soulmate mungkin juga dua ungkapan yang membawa maksud berbeza atau sebenarnya sama sahaja..bagaimana kalau jodoh telah tersurat walaupun dia mungkin bukan soulmate kita, andai dialah jodoh dan juga soulmate kita memang beruntung rasanya kan..atau mungkin juga kita rasakan dia memang soulmate kita tapi kita tiada jodoh dengannya..

Lalu bagaimana kita hendak mengetahui bahawa dia lah jodoh / soulmate kita.. mari tinjau apakah petandanya

Petanda 1 
Saling berkerjasama
- Rahsia pasangan agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya sikap saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain.

Petanda 2
Spontan atau bersahaja 
-Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh/soulmate kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat?

Petanda 3 
Membaca fikiran
-Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu.

Petanda 4
Rasa Selesa
-Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan...

Petanda 5
Sentiasa ada dalam susah atau senang
-Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu kamu sakit?

Petanda 6 
Tak kisah
-Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini ertinya dia sedia menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Terima seadanya
-Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya...

Petanda 8
Tiada rahsia antara kita
-Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah.. Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan..

Tuesday, March 1, 2011

A - Z Marriage


A - Absolutely adore each other  
B - Be best friends  
C - Compromise  
D - Discover new things together  
E - Encourage each other  
F - Forgive and forget  
G - Gaze into each others eyes  
H - Hold hands and hug a lot  
I - Inspire and intrigue each other  
J - Joke and laugh and have fun  
K - Kiss Kiss Kiss ;-)  
L - Love with all your hearts  
M - Marvel at each other's talents  
N - Nuture each other's soul  
O - Overcome problem together  
P - Play games  
Q - Quiet each other's fears  
R - Remember the little things  
S - Say "I love you" everyday  
T - Take time for tenderness  
U - Understand and care deeply  
V - Value everything you share  
W - Wish on stars together  
X - X-press your true feelings  
Y - Yearn for each other's touch
Z - Zzzzz in each other's arm

Monday, February 28, 2011

Hakikat sebuah perkahwinan


Kalau ditanya sebab apa kita berkahwin..apa jawapan anda kelak..
1. Atas dasar cinta
Cinta merupakan sebab pertama dan utama untuk berkahwin. Malah perkahwinan tanpa cinta dianggap satu penyeksaan dan kegersangan dalam hidup. Walaupun begitu ramai yang kurang memahami konsep cinta ini.Yang perlu diingati ialah bahawa cinta itu bukanlah satu perasaan, tetapi aktiviti mental yang berkaitan dengan penterjemahan segala peristiwa yang berlaku dalam alam dan suasana percintaan. Ini bermakna fikiran dan pengalaman berperanan dalam menentukan pernyataan cinta itu. Tapi sampai bila, mampukah cinta itu bertahan lama, bukankah hati manusia sukar ditelah..

2. Kesunyian
Keputusan untuk berkahwin mungkin berpunca dari keinginan untuk mengatasi kesunyian. Diharap dengan perkahwinan ini penderitaan kesunyian dapat diatasi. Malangnya perkahwinan tidak menjamin kebahagiaan. Individu berkenaan mungkin terus merasakan kesunyian walaupun ia sudah mempunyai pasangan dalam hidupnya. Kesunyian hanya dapat diatasi apabila individu berkenaan dapat mengisi kekosongan dalam jiwanya dengan aktiviti-aktiviti yang menguntungkan dan menyeronokkan. Orang lain tidak dapat melakukan ini. Hanya individu berkenaan sahaja yang dapat melakukannya. Ketakutan atau kebimbangan membujang terus menggalakkan individu untuk berfikir secara serius mengenai perkahwinan. Kebimbangan ini ada kaitannya dengan kerisauan keseorangan dan kesunyian dihari tua kelak. Lagipun kemungkinan terbiar tanpa penjagaan dihari tua meningkatkan lagi perasaan dan takut ini.

3. Seksual
Keperluan kemesraan dan seksual merupakan dorongan yang kuat untuk membantu individu membuat keputusan berkahwin. Apatah lagi jika sekiranya pasangan yang akan dikahwini itu mempunyai daya tarikan fizikal yang kuat. Dengan adanya tarikan fizikal ini individu berkenaan membayangkan kepuasan dan kebahagiaan walaupun diantara mereka berdua tidak ada persefahaman atau kasih sayang. Memang terdapat satu harapan bahawa kepuasan seksual ini dua hala. Malangnya kadangkala kepuasan itu hanya dinikmati oleh seorang saja, manakala yang seorang lagi sentiasa dalam ketandusan.

4. Seks luar nikah 
Mengandung luar nikah memaksa satu pasangan lelaki-wanita yang memadu kasih membuat keputusan untuk berkahwin. Motifnya mungkin ingin mengatasi perasaan malu ataupun untuk menyelamatkan maruah keluarga. Adakalanya perkahwinan yang terdesak ini merupakan satu jalan keluar bagi perhubungan cinta yang tidak direstui oleh keluarga.

5. Gagal bercinta
Reaksi terhadap kegagalan cinta juga boleh mendesak seseorang itu  mendesak seseorang itu membuat keputusan untuk berkahwin. Dalam rintihan kelukaan cinta dan ingin membuktikan bahawa dirinya masih diminati seseorang itu mungkin bertindak untuk mendirikan rumahtangga dengan individu lain yang mungkin tidak dicintai itu. Tetapi sekurang-kurangnya ia dapat menunjukkan kepada bekas kekasih bahawa masih  ada orang lain yang menginginkannya.

6. Tentangan keluarga
Perkahwinan juga mungkin dicetuskan sebagai tanda penentangan terhadap keputusan ibubapa. Bagi ibubapa yang tidak merestui pilihan jodoh anak-anak yang sudah dewasa, mereka dengan sengaja ingin menunjukkan kematangan dan keindividuan ini dengan meneruskan rancangan untuk berkahwin, walaupun rancangan itu tidak pernah dipersetujui oleh  ibu bapa. Tetapi sebagai tanda kebebasan dan kedewasaan individu berkenaan perlu membuktikan keseriusan hajatnya itu.

7. Simpati
Ada individu yang membuat keputusan berkahwin diatas dasar kasihan terhadap pasangannya. Keadaan kasihan ini mungkin diwujudkan oleh kecacatan atau penderitaan yang dialami oleh pasangan berkenaan. Ada semacam keinginan dihati individu berkenaan untuk berbakti dan mengorbankan tenaga, masa dan kasih sayang untuk individu yang dikasihani itu. Adakalanya perasaan kasihan ini dicetuskan oleh keinginan untuk membalas budi kepada individu yang telah menabur budi diawalan perhubungan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...