Our Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 28, 2011

Hakikat sebuah perkahwinan


Kalau ditanya sebab apa kita berkahwin..apa jawapan anda kelak..
1. Atas dasar cinta
Cinta merupakan sebab pertama dan utama untuk berkahwin. Malah perkahwinan tanpa cinta dianggap satu penyeksaan dan kegersangan dalam hidup. Walaupun begitu ramai yang kurang memahami konsep cinta ini.Yang perlu diingati ialah bahawa cinta itu bukanlah satu perasaan, tetapi aktiviti mental yang berkaitan dengan penterjemahan segala peristiwa yang berlaku dalam alam dan suasana percintaan. Ini bermakna fikiran dan pengalaman berperanan dalam menentukan pernyataan cinta itu. Tapi sampai bila, mampukah cinta itu bertahan lama, bukankah hati manusia sukar ditelah..

2. Kesunyian
Keputusan untuk berkahwin mungkin berpunca dari keinginan untuk mengatasi kesunyian. Diharap dengan perkahwinan ini penderitaan kesunyian dapat diatasi. Malangnya perkahwinan tidak menjamin kebahagiaan. Individu berkenaan mungkin terus merasakan kesunyian walaupun ia sudah mempunyai pasangan dalam hidupnya. Kesunyian hanya dapat diatasi apabila individu berkenaan dapat mengisi kekosongan dalam jiwanya dengan aktiviti-aktiviti yang menguntungkan dan menyeronokkan. Orang lain tidak dapat melakukan ini. Hanya individu berkenaan sahaja yang dapat melakukannya. Ketakutan atau kebimbangan membujang terus menggalakkan individu untuk berfikir secara serius mengenai perkahwinan. Kebimbangan ini ada kaitannya dengan kerisauan keseorangan dan kesunyian dihari tua kelak. Lagipun kemungkinan terbiar tanpa penjagaan dihari tua meningkatkan lagi perasaan dan takut ini.

3. Seksual
Keperluan kemesraan dan seksual merupakan dorongan yang kuat untuk membantu individu membuat keputusan berkahwin. Apatah lagi jika sekiranya pasangan yang akan dikahwini itu mempunyai daya tarikan fizikal yang kuat. Dengan adanya tarikan fizikal ini individu berkenaan membayangkan kepuasan dan kebahagiaan walaupun diantara mereka berdua tidak ada persefahaman atau kasih sayang. Memang terdapat satu harapan bahawa kepuasan seksual ini dua hala. Malangnya kadangkala kepuasan itu hanya dinikmati oleh seorang saja, manakala yang seorang lagi sentiasa dalam ketandusan.

4. Seks luar nikah 
Mengandung luar nikah memaksa satu pasangan lelaki-wanita yang memadu kasih membuat keputusan untuk berkahwin. Motifnya mungkin ingin mengatasi perasaan malu ataupun untuk menyelamatkan maruah keluarga. Adakalanya perkahwinan yang terdesak ini merupakan satu jalan keluar bagi perhubungan cinta yang tidak direstui oleh keluarga.

5. Gagal bercinta
Reaksi terhadap kegagalan cinta juga boleh mendesak seseorang itu  mendesak seseorang itu membuat keputusan untuk berkahwin. Dalam rintihan kelukaan cinta dan ingin membuktikan bahawa dirinya masih diminati seseorang itu mungkin bertindak untuk mendirikan rumahtangga dengan individu lain yang mungkin tidak dicintai itu. Tetapi sekurang-kurangnya ia dapat menunjukkan kepada bekas kekasih bahawa masih  ada orang lain yang menginginkannya.

6. Tentangan keluarga
Perkahwinan juga mungkin dicetuskan sebagai tanda penentangan terhadap keputusan ibubapa. Bagi ibubapa yang tidak merestui pilihan jodoh anak-anak yang sudah dewasa, mereka dengan sengaja ingin menunjukkan kematangan dan keindividuan ini dengan meneruskan rancangan untuk berkahwin, walaupun rancangan itu tidak pernah dipersetujui oleh  ibu bapa. Tetapi sebagai tanda kebebasan dan kedewasaan individu berkenaan perlu membuktikan keseriusan hajatnya itu.

7. Simpati
Ada individu yang membuat keputusan berkahwin diatas dasar kasihan terhadap pasangannya. Keadaan kasihan ini mungkin diwujudkan oleh kecacatan atau penderitaan yang dialami oleh pasangan berkenaan. Ada semacam keinginan dihati individu berkenaan untuk berbakti dan mengorbankan tenaga, masa dan kasih sayang untuk individu yang dikasihani itu. Adakalanya perasaan kasihan ini dicetuskan oleh keinginan untuk membalas budi kepada individu yang telah menabur budi diawalan perhubungan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...