Our Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 16, 2011

Cenderahati resepsi

Kebiasaannya di majlis resepsi para tetamu akan dibekalkan dengan cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan dan penghargaan serta tanda terima kasih di atas kesudian menghadirkan diri ke majlis resepsi tersebut. Cenderahati biasanya dimasukkan dalam beg kertas yang lebih dikenali sebagai ‘goodies bag’. Anda ada idea barangan menarik untuk dijadikan cenderahati?

Mari kita tinjau cenderahati yang biasanya terdapat dalam goodies bag yang diberikan kepada tetamu

1.Telur
Sejak zaman-berzaman pemberian bunga telur sudah menjadi tradisi dalam masyarakat. Pemberian samada bunga telur biasa atau lebih menjadi trend terkini ialah pemberian telur pindang. Ia boleh diberi dengan cara dihias menjadi bunga telur atau dimasukan dalam kotak cenderahati. Namun dengan keadaan semasa yang semakin berubah pemberian bunga telur bukanlah satu kemestian lagi sebaliknya diganti dengan idea-idea barangan lain untuk mencipta keunikan.

2. Cupcake
Satu idea yang menarik sebagai cenderahati tetamu, terdapat bermacam-macam jenis hiasan dan perisa yang pastinya sedap yang mampu menambat hati tetamu.

3. Coklat
Terkini pemberian coklat amat popular dan digemari golongan kanak-kanak mahupun yang dewasa, daripada coklat praline yang bermacam bentuk mahupun coklat lollipop

4. Lilin wangi
Boleh diletakkan dalam kotak lutsinar dan dihias reben pasti menjadi satu cenderahati ekslusif sebagai kenangan untuk tetamu.

5. Gula-gula
Sudah menjadi satu kemestian bagi menggantikan pemberian bunga telur. Ia menjadi kegemaran golongan kecil, samada diletakkan dalam kotak ataupun beg uncang kecil.

6. Potpouri
Bagi penggemar haruman bunga-bungaan kering pasti menyukai cenderahati ini. Samada diikat bersama reben ataupun diletakkan di dalam bekas kaca ianya pasti dihargai para tetamu.

7. Sabun
Pemberian sabun kembali mendapat tempat di kalangan mempelai, dengan idea yang lebih kreatif sabun tersebut dihias dan direka dalam pelbagai jenis bentuk menarik.

8. Tuala kecil atau sudu garpu
Pemberian tuala kecil yang diikat bersama reben atau bunga hiasan juga menjadi satu kemestian yang tidak dilupakan. Sebagai alternatif boleh juga ditukar kepada sudu garpu yang dihias.

9. Kurma
Pemberian cenderahati yang lebih berkonsepkan Islamic atau Arabic namun tetap menjadi pilihan.

10. Kuih-muih tradisional
Kebiasaannya di kampung mahupun di bandar pemberian cenderahati ini masih menjadi ikutan. Pelbagai jenis kuih diberikan contohnya bahulu, karas, kuih loyang (goyang), wajik, kuih sepit, dodol dan sebagainya.

selain di atas, banyak lagi pilihan barangan yang boleh dijadikan cenderahati, apapun tepuk dada tanyalah hati..mana satu yang berkenan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...