Our Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 12, 2012

Potato Salad


Kali ni kita masak ala-ala western gitu..
Sebenarnya resepi ini adalah dari seorang kawan..
cuma diubah sedikit n ditambahkan sedikit bahannya sebagai penyedap rasa..
walaupun rupanya begitu tp rasanya..mmm..yumm..yumm..


Resepi Potato Salad

5 biji Kentang
Sedikit Isi ayam
5 biji Cendawan butang
5 sudu besar mayonis
Sedikit lada sulah
Sedikit bawang goreng
Sedikit daun sup

Cara-Caranya :
         Kentang dibuang kulit sahaja dan direbus sehingga empuk
      Kentang dipotong dadu agak-agak kepada 8 bahagian utk sebiji kentang besar kalau kecil mungkin potong 4 bahagian saja dh cukup. Sejukkan dalam peti ais
            Isi ayam dipotong dadu + cendawan butang dihiris nipis, rebus keduanya masukkan garam sedikit semasa merebus. Selepas itu sejukkan juga
      Keluarkan kentang + isi ayam dengan cendawan tadi dan masukkan kesemuanya dalam 1 mangkuk.
     Masukkan mayonis, serbuk lada sulah, bawang goreng serta daun sup. 
     Gaulkan kesemuanya sekali. Bolehlah dimakan terus atau sejukkan lagi.  
     Makan sejuk2 baru sodap..

Tuesday, April 10, 2012

Mee Rebus Special

Memandangkan rumah ku telah siap renovate..so ape lg aktivitinya wajibnya..memasaklah kan..
dah ada dapur kalau tak berasap pun tak berguna gak kan..
so inilah salah satu resepiku iaitu Mee Rebus yang special untuk hidangan sekeluarga..sesuai juga untuk jamuan.. pasti digemari sesiapa yang merasainya..
So aku nak share resepi ini dengan semua orang..try la..tak rugi punya..



Resepi Mee Rebus

Bahan Hiasan untuk Mee
1 bungkus mee – celur & toskan
3 ketul Tauhu – goreng & hiris
Sawi & taugeh – celur
Cili merah & cili hijau – dihiris nipis
Daun sup & daun bawang – dihiris nipis
Telur – direbus dan belah 2
Limau kasturi – belah 2 buang bijinya
Daging yang dihiris nipis-nipis**
Bawang goreng

Bahan Untuk kuah
5 biji ubi keledek merah ( sederhana besar)
½  kilo daging – dipotong ketul-ketul besar
10 ekor Udang segar
10 biji cili kering + 3 biji tomato – blend sekali
2cm Halia, 2 cm lengkuas, 2 batang serai – blend sekali
2 biji Bawang besar,3 biji  bawang merah, 4 biji bawang putih – blend sekali
1 sudu besar Udang kering – ditumbuk
1 ketul Gula melaka –hancurkan sedikit
Garam secukup rasa

Cara-cara membuat kuah
Ubi keledek dipotong agak-agak 2cm tebal, rebus bersama daging + udang segar.
Rebus sehingga empuk. Sejukkan seketika
Keluarkan daging hiris nipis-nipis boleh dijadikan bahan hiasan untuk dimakan bersama mee**
Blend ubi bersama udang, gunakan air rebusan tadi blend sekali.
Tumis bawang yang telah diblend tadi hingga naik bau, masukkan udang kering, masukkan halia+lengkuas+serai yang diblend tadi, biarkan garing sedikit. Masukkan cili blend, biarkan sehingga pecah minyak sedikit. Masukkan keledek blend tadi, masukkan air jika kuah terlalu pekat.
Masukkan gula melaka  dan juga garam secukup rasa, kalau nak manis sikit lebihkan lagi gula Melaka
Masak sehingga kuah agak2 pekat.
Bolehlah dihidangkan bersama mee + bahan-bahan hiasan tadi.
 Selamat Mencuba..

Sunday, April 1, 2012

Renovate Rumah - Part 4

Renovate - Kitchen Kabinet
1 lagi benda yang kalau sebut perkataan renovation ialah tak sah kalau takde pemasangan kitchen kabinet..benda ni paling lama dalam bab renovation rumah ku..amik masa lebih kurang sebulan untuk siapkan..maklumla kontraktor banyak tempahan..

Kitchen kabinet ni kami buat dengan WELCO kitchen..buat bahagian bawah je dulu..almaklumla bajet ciput je..bahagian atas menyusul nanti2 la..

Table top ni dari konkrit kemasan tile warna hitam..at least tahan lama n kalau basah ke pn tak kisah sangat..

Bermula proses pertama-konkrit batu bata

Proses kedua - tile siap dipasang

Proses Ketiga- Pemasangan pintu kabinet

Dah Siap..

Thursday, March 15, 2012

Renovate Rumah - Part 3

Renovate - Tirai Tingkap
Tirai pun penting juga sebelum pindah kena siapkan dulu..kalau tidak cmne la agaknya nk pindah dgn keadaan rumah tingkap terdedah..siang ok la..kalau malam takuttt...
Setelah survey segala jenis sumber..maka aku buat keputusan untuk DIY je tirai tingkai ni..berani sungguh walaupun b4 ni tk penah terfikir langsung n tak penah langsung buat tirai tingkap..ni 1st time..
Mesin jahit pinjam dr my sister..so bermula lah keje2 jahitan..puasla cari cara nak ukur tirai cara jahit segala..tp hasilnya kira ok la bg yg 1 time buat..mungkin bakat tu ada semulajadi kot sbb mak aku pn tukang jahit..
Banyak gakla kos yang terbabit..mahal juga kos buat tirai ni..kain aje dh berapa..aksesori lagi..pasang rod kayu lagi..
Aku berkenan 1 tirai setelah cari2 kt internet so ni la sumber rujukanku untuk jahit tirai..pic dari mana lupa lak..sorry ek..

Inspirasiku
Ni lah hasilnya tirai DIY ku yang dah siap

Saturday, March 10, 2012

Renovate Rumah - Part 2

Renovate - Pemasangan lampu + kipas
Perkara kedua ialah melibatkan pemasangan segala lampu n kipas, kalau takde semua tu alamatnya bergelap n berpanas la kitaorg dalam rumah nanti..so penting tu..mujurla ada bapa mertuaku yg setelkan semua keje2 tu..TQ to bapa mertuaku..takyah upah kontraktor lg..kalau upah pn dh berapa dia caj agaknya kan..tk caya cuba kira sndiri..ni kontraktor yg wat rumah contoh tu..dia juga yg pasang grill rumah kitorg..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...