Our Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 10, 2012

Mee Rebus Special

Memandangkan rumah ku telah siap renovate..so ape lg aktivitinya wajibnya..memasaklah kan..
dah ada dapur kalau tak berasap pun tak berguna gak kan..
so inilah salah satu resepiku iaitu Mee Rebus yang special untuk hidangan sekeluarga..sesuai juga untuk jamuan.. pasti digemari sesiapa yang merasainya..
So aku nak share resepi ini dengan semua orang..try la..tak rugi punya..



Resepi Mee Rebus

Bahan Hiasan untuk Mee
1 bungkus mee – celur & toskan
3 ketul Tauhu – goreng & hiris
Sawi & taugeh – celur
Cili merah & cili hijau – dihiris nipis
Daun sup & daun bawang – dihiris nipis
Telur – direbus dan belah 2
Limau kasturi – belah 2 buang bijinya
Daging yang dihiris nipis-nipis**
Bawang goreng

Bahan Untuk kuah
5 biji ubi keledek merah ( sederhana besar)
½  kilo daging – dipotong ketul-ketul besar
10 ekor Udang segar
10 biji cili kering + 3 biji tomato – blend sekali
2cm Halia, 2 cm lengkuas, 2 batang serai – blend sekali
2 biji Bawang besar,3 biji  bawang merah, 4 biji bawang putih – blend sekali
1 sudu besar Udang kering – ditumbuk
1 ketul Gula melaka –hancurkan sedikit
Garam secukup rasa

Cara-cara membuat kuah
Ubi keledek dipotong agak-agak 2cm tebal, rebus bersama daging + udang segar.
Rebus sehingga empuk. Sejukkan seketika
Keluarkan daging hiris nipis-nipis boleh dijadikan bahan hiasan untuk dimakan bersama mee**
Blend ubi bersama udang, gunakan air rebusan tadi blend sekali.
Tumis bawang yang telah diblend tadi hingga naik bau, masukkan udang kering, masukkan halia+lengkuas+serai yang diblend tadi, biarkan garing sedikit. Masukkan cili blend, biarkan sehingga pecah minyak sedikit. Masukkan keledek blend tadi, masukkan air jika kuah terlalu pekat.
Masukkan gula melaka  dan juga garam secukup rasa, kalau nak manis sikit lebihkan lagi gula Melaka
Masak sehingga kuah agak2 pekat.
Bolehlah dihidangkan bersama mee + bahan-bahan hiasan tadi.
 Selamat Mencuba..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...