Our Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 22, 2012

Chicken Lasagna

Masih lagi dalam mood western, kali ni aku buat lasagna ayam..
terpulangla kepada citarasa masing-masing, boleh juga buat lasagna daging atau seafood..
Sebelum try mmg ingatkan alamak susahnya nak buat..
tapi 1st time try dh berjaya seronokla pulak..
Baru tau mudah je rupa2nya nak buat lasagna ni..

Tak pecaya?? ni lah hasilnya..

 
So mari kita lihat cara membuatnya..

Resepi Lasagna Ayam

Bahan Inti ayam
1 biji bawang besar, 3 biji bawang putih – potong dadu kecil2
Isi ayam -dicincang kecil2 ( boleh gunakan daging cincang juga)
Sos prego 1 tin – 300gm
6 biji cendawan butang- dipotong dadu kecil2
Sedikit rempah oregano
sedikit serbuk lada hitam
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 kiub ayam maggi
Garam secukup rasa

Cara-cara ;
1. Tumiskan bawang putih + bawang besar dengan sedikit minyak sehingga kekuningan,
2. Masukkan isi ayam yang telah dicincang, masak sehingga agak-agak sedikit kering airnya,
3. Masukkan sos prego, masukkan cendawan,masukkan rempah oregano + serbuk lada hitam,
4. Masukkan sos cili + sos tomato + kiub ayam serta garam secukup rasa.
    Masak sehingga kuahnya sedikit pekat. ketepikan seketika..

 
Bahan Kuah cheese
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
40ml susu segar
4 keping Keju cheesedale
sedikit Garam

Cara –cara:
cairkan butter, masukkan tepung gandum, kacau supaya tidak berketul, gunakan api yg kecil.
Masukkan susu segar dan dikacau sentiasa, masukkan keju cheesedale serta garam secukup rasa.
Kacau sampai cheese cair dan kuahnya agak-agak pekat. Ketepikan.

Lasagna
4 keping kulit lasagna
Keju mozzarella
Keju parmesan
Inti ayam
Kuah cheese

Cara membuat lasagna ;
Oven dipanaskan dahulu pada suhu 180.
4 keping Kulit Lasagna direndam seketika dalam 10mnt untuk melembutkan kulitnya.
Sediakan Loyang sederhana besar
Lapisan pertama – susunkan kulit lasagna
Lapisan kedua – letakkan inti ayam
Lapisan ketiga – letakkan kuah cheese sehingga menutupi inti ayam
Lapisan keempat -taburkan keju mozzarella + keju parmesan
Ulang lapisan-lapisan tersebut mengikut urutan di atas sekali lagi..
Bakar lasagna selama 30 minit dengan suhu 180.

 
Selepas dibakar memang isinya akan lembik sedikit disebabkan cairan cheese tapi lepas dikeluarkan dari oven n biarkan dalam 5-10 minit lg bila cheese dah mula pekat isinya akan jadi just nice..sodappp..

 Selamat Mencuba..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...