Our Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 14, 2012

Mashed Potato ala KFC

Sape yang tak suka makan mashed potato kt KFC..ade ke..kalau ada mmg rugi kan..
aku terjumpa resepi ni kt my resepi..so aku pn try la buat..sedaapp..
rasanya lebih kurang macam KFC punya..
nak try? jomm tengok resepinya..



Resepi Mashed Potato 

Mashed potato :
5 biji ubi kentang
1 sudu besar susu pekat manis
 
Cara-cara :
Potong kentang kepada 4 bahagian utk 1 biji, rebus sehingga empuk
Lenyek kentang tersebut bersama susu. Ketepikan.

 Gravy :
6 cawan air
1 biji bawang besar – dipotong 4 bahagian
1 batang saderi – dipotong nipis
2 kiub ayam maggi
2 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar butter
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit kicap
Garam jika perlu

Cara-Cara :
Masukkan 6 cawan air bersama kiub ayam + batang saderi & bawang besar dalam satu periuk, 
didihkan dan tapiskan ambil air sahaja. Ketepikan seketika.
Panaskan periuk dan cairkan butter, tutupkan api seketika,
Masukkan tepung gandum, kacau2 supaya tak berketul & melekat
Masukkan air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak berketul.
Bila semua dah sebati,buka api dan didihkan semula..
Masukkan sos tomato, sos tiram, beberapa titik kicap, serbuk lada hitam
Masak sepekat mana sehingga yang diingini.
Rasanya memang dah masin tp kalau perlu bolehlah ditambah garam sedikit.
Bolehlah dihidangkan bersama mashed potato yang telah dibentuk bulat.
Ni kena makan panas-panas baru sedap.
Selamat Mencuba...

3 comments:

leya said...

wow..semua sedap2..nyam..nyam..

Anonymous said...

tak bg copy rsepi ? kdkutnye

Anonymous said...

print screen sudah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...