Our Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 12, 2012

Potato Salad


Kali ni kita masak ala-ala western gitu..
Sebenarnya resepi ini adalah dari seorang kawan..
cuma diubah sedikit n ditambahkan sedikit bahannya sebagai penyedap rasa..
walaupun rupanya begitu tp rasanya..mmm..yumm..yumm..


Resepi Potato Salad

5 biji Kentang
Sedikit Isi ayam
5 biji Cendawan butang
5 sudu besar mayonis
Sedikit lada sulah
Sedikit bawang goreng
Sedikit daun sup

Cara-Caranya :
         Kentang dibuang kulit sahaja dan direbus sehingga empuk
      Kentang dipotong dadu agak-agak kepada 8 bahagian utk sebiji kentang besar kalau kecil mungkin potong 4 bahagian saja dh cukup. Sejukkan dalam peti ais
            Isi ayam dipotong dadu + cendawan butang dihiris nipis, rebus keduanya masukkan garam sedikit semasa merebus. Selepas itu sejukkan juga
      Keluarkan kentang + isi ayam dengan cendawan tadi dan masukkan kesemuanya dalam 1 mangkuk.
     Masukkan mayonis, serbuk lada sulah, bawang goreng serta daun sup. 
     Gaulkan kesemuanya sekali. Bolehlah dimakan terus atau sejukkan lagi.  
     Makan sejuk2 baru sodap..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...