Our Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 28, 2011

Hakikat sebuah perkahwinan


Kalau ditanya sebab apa kita berkahwin..apa jawapan anda kelak..
1. Atas dasar cinta
Cinta merupakan sebab pertama dan utama untuk berkahwin. Malah perkahwinan tanpa cinta dianggap satu penyeksaan dan kegersangan dalam hidup. Walaupun begitu ramai yang kurang memahami konsep cinta ini.Yang perlu diingati ialah bahawa cinta itu bukanlah satu perasaan, tetapi aktiviti mental yang berkaitan dengan penterjemahan segala peristiwa yang berlaku dalam alam dan suasana percintaan. Ini bermakna fikiran dan pengalaman berperanan dalam menentukan pernyataan cinta itu. Tapi sampai bila, mampukah cinta itu bertahan lama, bukankah hati manusia sukar ditelah..

2. Kesunyian
Keputusan untuk berkahwin mungkin berpunca dari keinginan untuk mengatasi kesunyian. Diharap dengan perkahwinan ini penderitaan kesunyian dapat diatasi. Malangnya perkahwinan tidak menjamin kebahagiaan. Individu berkenaan mungkin terus merasakan kesunyian walaupun ia sudah mempunyai pasangan dalam hidupnya. Kesunyian hanya dapat diatasi apabila individu berkenaan dapat mengisi kekosongan dalam jiwanya dengan aktiviti-aktiviti yang menguntungkan dan menyeronokkan. Orang lain tidak dapat melakukan ini. Hanya individu berkenaan sahaja yang dapat melakukannya. Ketakutan atau kebimbangan membujang terus menggalakkan individu untuk berfikir secara serius mengenai perkahwinan. Kebimbangan ini ada kaitannya dengan kerisauan keseorangan dan kesunyian dihari tua kelak. Lagipun kemungkinan terbiar tanpa penjagaan dihari tua meningkatkan lagi perasaan dan takut ini.

3. Seksual
Keperluan kemesraan dan seksual merupakan dorongan yang kuat untuk membantu individu membuat keputusan berkahwin. Apatah lagi jika sekiranya pasangan yang akan dikahwini itu mempunyai daya tarikan fizikal yang kuat. Dengan adanya tarikan fizikal ini individu berkenaan membayangkan kepuasan dan kebahagiaan walaupun diantara mereka berdua tidak ada persefahaman atau kasih sayang. Memang terdapat satu harapan bahawa kepuasan seksual ini dua hala. Malangnya kadangkala kepuasan itu hanya dinikmati oleh seorang saja, manakala yang seorang lagi sentiasa dalam ketandusan.

4. Seks luar nikah 
Mengandung luar nikah memaksa satu pasangan lelaki-wanita yang memadu kasih membuat keputusan untuk berkahwin. Motifnya mungkin ingin mengatasi perasaan malu ataupun untuk menyelamatkan maruah keluarga. Adakalanya perkahwinan yang terdesak ini merupakan satu jalan keluar bagi perhubungan cinta yang tidak direstui oleh keluarga.

5. Gagal bercinta
Reaksi terhadap kegagalan cinta juga boleh mendesak seseorang itu  mendesak seseorang itu membuat keputusan untuk berkahwin. Dalam rintihan kelukaan cinta dan ingin membuktikan bahawa dirinya masih diminati seseorang itu mungkin bertindak untuk mendirikan rumahtangga dengan individu lain yang mungkin tidak dicintai itu. Tetapi sekurang-kurangnya ia dapat menunjukkan kepada bekas kekasih bahawa masih  ada orang lain yang menginginkannya.

6. Tentangan keluarga
Perkahwinan juga mungkin dicetuskan sebagai tanda penentangan terhadap keputusan ibubapa. Bagi ibubapa yang tidak merestui pilihan jodoh anak-anak yang sudah dewasa, mereka dengan sengaja ingin menunjukkan kematangan dan keindividuan ini dengan meneruskan rancangan untuk berkahwin, walaupun rancangan itu tidak pernah dipersetujui oleh  ibu bapa. Tetapi sebagai tanda kebebasan dan kedewasaan individu berkenaan perlu membuktikan keseriusan hajatnya itu.

7. Simpati
Ada individu yang membuat keputusan berkahwin diatas dasar kasihan terhadap pasangannya. Keadaan kasihan ini mungkin diwujudkan oleh kecacatan atau penderitaan yang dialami oleh pasangan berkenaan. Ada semacam keinginan dihati individu berkenaan untuk berbakti dan mengorbankan tenaga, masa dan kasih sayang untuk individu yang dikasihani itu. Adakalanya perasaan kasihan ini dicetuskan oleh keinginan untuk membalas budi kepada individu yang telah menabur budi diawalan perhubungan.

Sunday, February 27, 2011

Bertahanlah Walau Dalam Lumpur

Ada saatnya dunia tak seindah yang kita sangka
Ada kalanya kehidupan tak seperti yang kita inginkan
Saat ujian mendatang
Kala hidup menjadi tak keruan
Mengapa kita masih bertahan

Jika sesuatu tiba-tiba berubah diluar harapan
Kenapa tak langsung pergi atau keluar dari tekanan
Jika sesuatu membuat kita lelah akan keadaan
Kenapa tidak berteriak saja kemudian putuskan hubungan
Jika kekecewaan berulang kali menampar
tetapi kenapa kita masih mau tinggal untuk bertahan

Mungkin...
Kerana kita masih punya perasaan yang sedang belajar
apa itu keikhlasan
Kerana kita masih ingin melakukan apa yang sekiranya dapat dilakukan
Kerana kita peduli akan orang-orang di sekitar kita
atau kerana masih ada asa yang tertinggal untuk memperbaiki sebuah harapan
itu semua mampu menjadi alasan mengapa kita masih bertahan

Bertahan untuk tidak keluar dari tekanan
Bertahan untuk tetap melakukan apa yg sudah diniatkan
Bertahan dan mencuba memecahkan kebuntuan
Bertahan dengan mengingat orang yg kita pedulikan
kerana bertahan kadangkala tidak hanya demi diri sendiri
tapi juga demi mereka yang ada di hati dan sekeliling kita...

-----------------------------------------------------------------------------

"Relationship is the story of three rings, the engagement ring, the wedding ring & the suffering.."

"Love is a journey, not a destination." 

Wednesday, February 16, 2011

Cenderahati resepsi

Kebiasaannya di majlis resepsi para tetamu akan dibekalkan dengan cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan dan penghargaan serta tanda terima kasih di atas kesudian menghadirkan diri ke majlis resepsi tersebut. Cenderahati biasanya dimasukkan dalam beg kertas yang lebih dikenali sebagai ‘goodies bag’. Anda ada idea barangan menarik untuk dijadikan cenderahati?

Mari kita tinjau cenderahati yang biasanya terdapat dalam goodies bag yang diberikan kepada tetamu

1.Telur
Sejak zaman-berzaman pemberian bunga telur sudah menjadi tradisi dalam masyarakat. Pemberian samada bunga telur biasa atau lebih menjadi trend terkini ialah pemberian telur pindang. Ia boleh diberi dengan cara dihias menjadi bunga telur atau dimasukan dalam kotak cenderahati. Namun dengan keadaan semasa yang semakin berubah pemberian bunga telur bukanlah satu kemestian lagi sebaliknya diganti dengan idea-idea barangan lain untuk mencipta keunikan.

2. Cupcake
Satu idea yang menarik sebagai cenderahati tetamu, terdapat bermacam-macam jenis hiasan dan perisa yang pastinya sedap yang mampu menambat hati tetamu.

3. Coklat
Terkini pemberian coklat amat popular dan digemari golongan kanak-kanak mahupun yang dewasa, daripada coklat praline yang bermacam bentuk mahupun coklat lollipop

4. Lilin wangi
Boleh diletakkan dalam kotak lutsinar dan dihias reben pasti menjadi satu cenderahati ekslusif sebagai kenangan untuk tetamu.

5. Gula-gula
Sudah menjadi satu kemestian bagi menggantikan pemberian bunga telur. Ia menjadi kegemaran golongan kecil, samada diletakkan dalam kotak ataupun beg uncang kecil.

6. Potpouri
Bagi penggemar haruman bunga-bungaan kering pasti menyukai cenderahati ini. Samada diikat bersama reben ataupun diletakkan di dalam bekas kaca ianya pasti dihargai para tetamu.

7. Sabun
Pemberian sabun kembali mendapat tempat di kalangan mempelai, dengan idea yang lebih kreatif sabun tersebut dihias dan direka dalam pelbagai jenis bentuk menarik.

8. Tuala kecil atau sudu garpu
Pemberian tuala kecil yang diikat bersama reben atau bunga hiasan juga menjadi satu kemestian yang tidak dilupakan. Sebagai alternatif boleh juga ditukar kepada sudu garpu yang dihias.

9. Kurma
Pemberian cenderahati yang lebih berkonsepkan Islamic atau Arabic namun tetap menjadi pilihan.

10. Kuih-muih tradisional
Kebiasaannya di kampung mahupun di bandar pemberian cenderahati ini masih menjadi ikutan. Pelbagai jenis kuih diberikan contohnya bahulu, karas, kuih loyang (goyang), wajik, kuih sepit, dodol dan sebagainya.

selain di atas, banyak lagi pilihan barangan yang boleh dijadikan cenderahati, apapun tepuk dada tanyalah hati..mana satu yang berkenan..

Sunday, February 6, 2011

Coklat Praline

Sape tak suka coklat angkat tangan..ada ke..ishk3..rugi ..rugi..

Cadang2nye nak bagi coklat buatan tanganku sebagai cenderahati untuk para tetamu di majlis resepsi ku nanti..takdela susah sgt nak buat coklat ni sebenarnya..bak kata pepatah 'di mana ada kemahuan di situ ada jalan'..tp buat jenis yang simple2 je pn..
Nak lagi cun taruk dalam acuan yang macam2 bentuk ada..lepas tu nak masukkan badam ke biji gajus ke n macam2 perisa pun boleh..kira skrg ni tgh proses trial n error lg la..

Percubaan pertama tak berapa enak lg la..biasala first time kan..tp selepas percubaan kedua membuat coklat maka inilah hasilnya..ada yang kata enak pulak tu..berjaya2..cuma perlu improve lg dr segi kreativiti je la..

Ni yang da siap..siap ada badam di dalamnya..lazaatt..

masuk dalam kotak la konon2nye kan..

 ikat reben la kat kotak konon2nya..
Dapat berkotak2 sekali buat..banyak gak la..tp apapun kena kira kos dulu before proceed..tp macam ni la rupanya kalau nak bg cenderahati kat orang nanti..jangan main2 ini pn sebenarnya request hiasan oleh seseorg..

Wednesday, February 2, 2011

Bila anda...


Bila anda tak mungkin menjadi pohon pinus di puncak bukit
Jadilah sebatang perdu di lembah
Tetapi perdu terbaik di tepi anak sungai
Jadilah pohon semak belukar
Bila anda tak mungkin menjadi pohon yang tinggi

Bila anda tak mungkin menjadi pohon kecil di tengah taman
Jadilah sekadar rumput di tepi jalan
Yang bisa menyegarkan pandangan mata orang
Jadilah rumput yang paling membahagiakan
Bagi dua sejoli yang sedang pacaran

Tak mungkin semua menjadi nakhoda
Sebahagian mesti menjadi anak buah
Pekerjaannya mungkin berbeza
Tetapi setiap tugas itu sama mulia

Bila anda tak mungkin menjadi jalan raya
Jadilah jalan setapak sahaja
Bila anda tak mungkin jadi sang suria
Jadilah bintang yang bercahaya

Bukan ukuran dan takaran anda
Yang menentukan keberhasilan anda
Melainkan manfaat yang sebenarnya
Yang sempat anda garap dengan daya upaya
Demi keperibadian anda
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...