Our Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 20, 2012

Resepi Puding Roti

Kali ini kita akan buat resepi puding roti..kalau ada roti yg agak2 banyak lagi lum habis n mengejar tarikh luputnya untuk dihabiskan so memang sesuai sangatla buat puding roti ni..takdela membazir..

 
Mari kita tengok bahan n cara2nya..

Puding Roti

Bahan A
7 keping roti – dipotong 4 bahagian
2 cawan susu segar
Buah-buahan campuran sebagai hiasan

Bahan B
2 biji telur
2 sudu besar butter
1/2 cawan susu cair
1 sudu teh esen vanilla
4 sudu besar gula
1 sudu besar tepung jagung

Roti Direndam susu & sebelum dibakar
 Cara-Cara :
1) Roti disusun dalam loyang sambil taburkan buah-buahan campuran secara berselang-seli.
2) Masukkan 2 cawan susu segar. Biarkan selama 30 minit agar kembang.
3) Cairkan  butter, masukkan gula, kacau sehingga sebati, masukkan telur, susu cair, esen vanilla, tepung  jagung dan gaul semuanya sehingga sebati. Tuangkan campuran ini ke dalam loyang berisi roti td.
4) Bakar selama 30 minit dgn suhu 180. 
5) Sejukkan dalam peti ais dan bolehlah dihidangkan..

Saturday, April 14, 2012

Mashed Potato ala KFC

Sape yang tak suka makan mashed potato kt KFC..ade ke..kalau ada mmg rugi kan..
aku terjumpa resepi ni kt my resepi..so aku pn try la buat..sedaapp..
rasanya lebih kurang macam KFC punya..
nak try? jomm tengok resepinya..



Resepi Mashed Potato 

Mashed potato :
5 biji ubi kentang
1 sudu besar susu pekat manis
 
Cara-cara :
Potong kentang kepada 4 bahagian utk 1 biji, rebus sehingga empuk
Lenyek kentang tersebut bersama susu. Ketepikan.

 Gravy :
6 cawan air
1 biji bawang besar – dipotong 4 bahagian
1 batang saderi – dipotong nipis
2 kiub ayam maggi
2 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar butter
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit kicap
Garam jika perlu

Cara-Cara :
Masukkan 6 cawan air bersama kiub ayam + batang saderi & bawang besar dalam satu periuk, 
didihkan dan tapiskan ambil air sahaja. Ketepikan seketika.
Panaskan periuk dan cairkan butter, tutupkan api seketika,
Masukkan tepung gandum, kacau2 supaya tak berketul & melekat
Masukkan air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak berketul.
Bila semua dah sebati,buka api dan didihkan semula..
Masukkan sos tomato, sos tiram, beberapa titik kicap, serbuk lada hitam
Masak sepekat mana sehingga yang diingini.
Rasanya memang dah masin tp kalau perlu bolehlah ditambah garam sedikit.
Bolehlah dihidangkan bersama mashed potato yang telah dibentuk bulat.
Ni kena makan panas-panas baru sedap.
Selamat Mencuba...

Thursday, April 12, 2012

Potato Salad


Kali ni kita masak ala-ala western gitu..
Sebenarnya resepi ini adalah dari seorang kawan..
cuma diubah sedikit n ditambahkan sedikit bahannya sebagai penyedap rasa..
walaupun rupanya begitu tp rasanya..mmm..yumm..yumm..


Resepi Potato Salad

5 biji Kentang
Sedikit Isi ayam
5 biji Cendawan butang
5 sudu besar mayonis
Sedikit lada sulah
Sedikit bawang goreng
Sedikit daun sup

Cara-Caranya :
         Kentang dibuang kulit sahaja dan direbus sehingga empuk
      Kentang dipotong dadu agak-agak kepada 8 bahagian utk sebiji kentang besar kalau kecil mungkin potong 4 bahagian saja dh cukup. Sejukkan dalam peti ais
            Isi ayam dipotong dadu + cendawan butang dihiris nipis, rebus keduanya masukkan garam sedikit semasa merebus. Selepas itu sejukkan juga
      Keluarkan kentang + isi ayam dengan cendawan tadi dan masukkan kesemuanya dalam 1 mangkuk.
     Masukkan mayonis, serbuk lada sulah, bawang goreng serta daun sup. 
     Gaulkan kesemuanya sekali. Bolehlah dimakan terus atau sejukkan lagi.  
     Makan sejuk2 baru sodap..

Tuesday, April 10, 2012

Mee Rebus Special

Memandangkan rumah ku telah siap renovate..so ape lg aktivitinya wajibnya..memasaklah kan..
dah ada dapur kalau tak berasap pun tak berguna gak kan..
so inilah salah satu resepiku iaitu Mee Rebus yang special untuk hidangan sekeluarga..sesuai juga untuk jamuan.. pasti digemari sesiapa yang merasainya..
So aku nak share resepi ini dengan semua orang..try la..tak rugi punya..



Resepi Mee Rebus

Bahan Hiasan untuk Mee
1 bungkus mee – celur & toskan
3 ketul Tauhu – goreng & hiris
Sawi & taugeh – celur
Cili merah & cili hijau – dihiris nipis
Daun sup & daun bawang – dihiris nipis
Telur – direbus dan belah 2
Limau kasturi – belah 2 buang bijinya
Daging yang dihiris nipis-nipis**
Bawang goreng

Bahan Untuk kuah
5 biji ubi keledek merah ( sederhana besar)
½  kilo daging – dipotong ketul-ketul besar
10 ekor Udang segar
10 biji cili kering + 3 biji tomato – blend sekali
2cm Halia, 2 cm lengkuas, 2 batang serai – blend sekali
2 biji Bawang besar,3 biji  bawang merah, 4 biji bawang putih – blend sekali
1 sudu besar Udang kering – ditumbuk
1 ketul Gula melaka –hancurkan sedikit
Garam secukup rasa

Cara-cara membuat kuah
Ubi keledek dipotong agak-agak 2cm tebal, rebus bersama daging + udang segar.
Rebus sehingga empuk. Sejukkan seketika
Keluarkan daging hiris nipis-nipis boleh dijadikan bahan hiasan untuk dimakan bersama mee**
Blend ubi bersama udang, gunakan air rebusan tadi blend sekali.
Tumis bawang yang telah diblend tadi hingga naik bau, masukkan udang kering, masukkan halia+lengkuas+serai yang diblend tadi, biarkan garing sedikit. Masukkan cili blend, biarkan sehingga pecah minyak sedikit. Masukkan keledek blend tadi, masukkan air jika kuah terlalu pekat.
Masukkan gula melaka  dan juga garam secukup rasa, kalau nak manis sikit lebihkan lagi gula Melaka
Masak sehingga kuah agak2 pekat.
Bolehlah dihidangkan bersama mee + bahan-bahan hiasan tadi.
 Selamat Mencuba..

Sunday, April 1, 2012

Renovate Rumah - Part 4

Renovate - Kitchen Kabinet
1 lagi benda yang kalau sebut perkataan renovation ialah tak sah kalau takde pemasangan kitchen kabinet..benda ni paling lama dalam bab renovation rumah ku..amik masa lebih kurang sebulan untuk siapkan..maklumla kontraktor banyak tempahan..

Kitchen kabinet ni kami buat dengan WELCO kitchen..buat bahagian bawah je dulu..almaklumla bajet ciput je..bahagian atas menyusul nanti2 la..

Table top ni dari konkrit kemasan tile warna hitam..at least tahan lama n kalau basah ke pn tak kisah sangat..

Bermula proses pertama-konkrit batu bata

Proses kedua - tile siap dipasang

Proses Ketiga- Pemasangan pintu kabinet

Dah Siap..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...